Sunday, 30 October 2011

Shift Roster November 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

tanpa membuang masa, ini adalah shift roster unutk bulan November 2011. Happy downloading dan selamat bekerja semua! (^_^)














wassalam.

Friday, 28 October 2011

Mesyuarat Jabatan Ortho HSNZ 27/10/11

As-salam dan selamat sejahtera untuk semua HOrthorianz

untuk makluman semua, pada Khamis lepas (27/10/11), 1 mesyuarat bahagian jabatan Ortho HSNZ telah diadakan untuk segala perkara berbangkit serta untuk memaklumkan sebarang info dari mesyuarat  di peringkat atasan HSNZ. segala detail tak perlu la untuk aku maklumkan disini, cuma ape yg hendak diperkatakan adalah beberapa perkara yang melibatkan HO sahaja. Ini antara yg aku dapat catatkan pada mesyuarat tersebut:

1) referral system inter- & intra-hospital
rasanya semua sedia maklum bahawa jika ada sebarang referral nak dibuat kepada jabatan lain dalam hospital, hendaklah bercakap dengan MO jabatan tersebut. rasanya yg nie semua sedia maklum. jika refer ke hospital lain, juga perlu berhubung dengan MO jabatan berkenaan untuk maklumkan pasal kes yg direfer tu. untuk kes yg direfer ke jabatan ortho, hendaklah direview dengan segera. MO dikehendaki review jugak kes tu, tak boleh hanya hantar HO semata2 untuk tgk kes tersebut.

2) Pass over
berkenaan pass over (antara HO), ade yg mengatakan tak pernah nampak HO pass over apabila tukar shift, dan ade jugak yg mengatakan even pass over pun, ade jugak yg tak tau kes. aku ade menjelaskan bahawa memang ade passing over antara HO semasa pertukaran shift, tapi still mungkin masih ade yg perlu diperbaiki. harap2 semua dapat bagi kerjasama dalam passing over nie, supaya yg akan take over tahu pasal kes especially new case dalam ward

3) GSH, GXM
ade laporan mengatakan ade HO (x semestinya dari jabatan kita) yg order GXM even though x perlu pun blood transfusion, menyebabkan blood yg dh diambil tak dipakai, dan bila hantar balik ke blood bank, kene reject. so,just in case, make sure betul2 in need untuk blood transfusion baru order GXM, kalo x order for GSH sahaja. kalo x sure, jangan malu segan tanya MO. dan aku rasa so far takde lagi kes salah order GXM dalam jabatan kita, so ok la so far.

4) Shift System
so far, yg aku paham, kita kekal dengan system BD shift, di mana akan ada 2 day off setiap minggu n seseorang HO akan kekal in charge untuk ward yg sama selama 1 bulan.

5) Funduscopy
berdasarkan mesyuarat hari tu, semua HO diwajibkan buat funduscopy (in our case, especially DM patient) bagi yg memerlukan. sejauh mana implementation dia untuk ward round, aku x pasti, tapi hal ni ade diperkatakan dalam mesyuarat.

6) HIS in district hospital??
ade 1 kes, x pasti dari jabatan mana, ade HO yg buat referral letter (maybe x lengkap) kepada MO district hospital. bila MO tu x dpt detail Mx yg dh dibuat di hospital, die telefon la HO tersebut, n then HO tu bagi die punye user ID dan password untuk MO tu review progress note dalam HIS. perkara ni tak sepatutnya berlaku. harap semua sedia maklum, HIS adalah system online yg memerlukan software tersendiri untuk login, dan ia tidak terdapat di hospital2 daerah. So, lepas ni bila nak buat referral letter, tulis dgn lengkap la, n jangan ulang perkara yg HO dalam kisah ni buat ye..

7) HIS note untuk patient
kita dilarang sama sekali untuk print progress note or discharge summary untuk diberikan kepada patient. jika patient perlukan maklumat perubatan, dia perlu pergi ke jabatan rekod. hanya perkara2 yg tak boleh direkod ke dalam HIS sahaja seperti consent dan lain2 sahaja yg boleh diprintkan. ade juga MO komen pasal ada sesetengah HO yg print progress note untuk ward round, yg mana bagi mereka sepatutnya tidak boleh dilakukan

8) Copy & Paste
rasanya semua tak dapat nak elak pasal hal nie, especially bila kerja2 seperti progress note ni nak disiapkan cepat. perkara nie tak seharusnya dilakukan la, however, pada pendapat aku secara individu, it's ok untuk copy & paste, tp jangan la sampai copy & paste bulat2.. sebagai contoh, kalo dah day3 WD, jangan sampai tercopy progress note yg semalam, jadi day2 WD jugak.. kene pandai2 edit la ye. terutamanya dalam kes discharge summary, harap jangan hanya copy 100% dari general clerking note sahaja. kene review jugak progress note yg lain, dan yg paling utama, jika ade perubahan diagnosis, jangan sampai tersalah copy diagnosis dari awal. Progress note hendaklah diupdate selalu setiap hari dan juga berdasarkan ward round dengan MO/specialist. harap semua maklum

9) Case & Progress noted
Specialist ada tegur pasal hal ni dalam progress note clarification tu. mereka tegur, jangan hanya semata2 tulis case & progress noted sahaja, kene tulis jugak ape yg mereka tanya soalan2 tambahan kepada patient yg belum tercatat dalam progress note sebelum ni, dan bila mereka bagi penjelasan kepada patient, kene rekod jugak la hal tu dalam progress note tu. antara contoh ayat yg digunakan masa mesyuarat tu ialah " specialist tgk 1patient tu sampai setengah jam, yg ditulis case & progress noted je??" macam tu la bunyi ayat teguran tu. So, harap2 lepas ni kene alert la ape yg specialist cakap masa round n jangan lupa untuk tulis dalam progress note

10) Staff bermasalah
yg ni bukan untuk HO sahaja, tapi merujuk kepada semua kakitangan. mana2 staff yg bermasalah akan direport ke KKM, dan tempoh yg diberikan adalah 1 minggu untuk dia bekerja seperti biasa semula, jika tidak, berkemungkinan besar dia akan dibuang kerja

11) Indent Drug dalam HIS
supposely, semua ward sekarang nie sepatutnya dah wajibkan untuk indent ubat dalam HIS. So, HO2 semua kene indent ubat dalam HIS la, walaupun ade jugak ward masih guna PS tu.. lagi satu berkenaan HIS ialah, jika ade medical student yg mintak password untuk login HIS, jangan bagi, sebaliknya mintak diorg pergi dekat bahagian yg uruskan HIS dan mintak user ID yg khas untuk diorang. supposely ade user ID untuk medical student, so kene mintak diorang berhubung dengan bahagian HIS la untuk perkara itu

12) Bilik Rawatan
Sebarang penggunaan bilik rawatan, HO bertanggungjawab untuk bersihkan semula setiap kali selesai digunakan. contohnya, kalau nak pasang POP, kene make sure troli yg digunakan dibersihkan selepas dipakai, dan segala sampah hendaklah dibuang kedalam tong yg berkenaan. kalau nak pasang POP tu, kene alas apron/ kertas atas lantai untuk elak kotor. Selain itu, jika ada penggunaan set dressing atau sebagainya, pastikan semua peralatan dalam set tersebut cukup sebelum bersihkan, jangan sampai ade yg terbuang forceps dalam yellow bin. untuk itu, sebelum guna sesuatu set, kene pastikan apa & berape peralatan yg ada dalam set tu, supaya takde yg missing selepas pakai. dalam hal ni juga, setiap kali menggunakan bilik rawatan, kene pastikan sekurang2nya 1org staff nurse ade dalam bilik tersebut untuk membantu dan pada masa yg sama memastikan tiada peralatan yg tersalah buang ke dalam yellow bin.

13) Booking OP date
untuk booking OP date bagi seseorang patient, sebelum dapatkan date tu, pastikan bahawa patient ade high risk behavior atau tidak. jika ada, kene mention hal tersebut masa nak ambik date, sebab patient yg ade high risk behavior akan diletakkan sebagai last case dalam OT list. untuk itu, semasa general clerking, kene tanye patient pasal HRB ni n rekod dalam HIS.

14) Proper Documentation & Communication
MO & specialist ade beri teguran, supaya semua HO tulis dalam progress note properly, dan kene explain pada patient apa yg kita plan dalam ward. Make sure communication tu betul dan bersesuaian supaya patient paham. dalam hal nie, Mr shukri ada nyatakan jika perlu, kene upload gambar juga ke dalam HIS. oleh itu, semua digalakkan untuk pakai Iphone. tp bagi aku, benda tu agak susah, so aku rase bagi yg ade Iphone tu, sila bawak USB connector bersama sepanjang masa, dan bagi yg takde Iphone tu, boleh la send kepada kawan yg ade Iphone dan mintak die yg masukkan gambar tersebut ke dalam HIS. Selain dari itu, segala consent ( yg aku paham, termasuk consent untuk procedure dalam bilik rawatan seperti CMR under sedation, wound irrigation n etc) dan juga MC mesti di counter-signed by MO. hal nie aku confirmkan kemudian, but so far, itu yg aku paham semasa mesyuarat tersebut

15) Registry
rasanya semua dah tahu pasal hal ni, tapi diingatkan la sekali lagi, semua registry ( diabetic foot & hip registry) hendaklah diisi dengan penuh dan lengkap. Jika tidak, akan didenda.

Rasanya itu beberapa perkara yg diutarakan la untuk dimaklumkan kepada semua HO. harap semua take note ye.ape yg aku catatkan ni untuk semua HO sedia maklum, ade lagi banyak yg diperkatakan masa mesyuarat hari tu, tp tak berkenaan dengan HO, so aku x tulis la. kalau ade tambahan, akan diupdate kemudian. oh ye, sebelum terlupa, kalau tak silap, akan ada 1 program pemantapan cardiovaskular & mental pada Nov/Dis nie, di mana akan ade staff screening (blood Ix, physical examination etc) dan juga larian 2.4km, yg akan diputuskan kemudian. selai itu, pesanan dari DG, "if Pt die within 6-24 hours, it is d/t disease, but if the Pt die after 24hours, then it is d/t lack of care". dan yg terakhir, harap semua sedia maklum bahawa tema Hari Kesihatan Sedunia tahun ini ialah " Anti-microbial Resistant - No Action Today, No Cure Tomorrow"

Sekian, harap semua take note. Wassalam

Saturday, 15 October 2011

BD shift roster utk bulan Oktober - Ada Perubahan

Salam & selamat sejahtera.

Maaf  kerana terlambat upload kali ini. Lagi pun, jadual ni dah diupload di group facebook khamis semalam. so, rasenye semua dah dapat jadual ni, hopefully














ada perubahan pada jadual berwarna diatas, so harap take note masing2 punya shift supaya dapat berada ditempat yg ditugaskan. 1 lg perubahan ialah pada 31hb oktober, Dr Farhana akan bertugas AM shift dan Dr Rohana akan bertugas pada PM shift di 6A. tapi, harap yg berkenaan dapat maklumkan pada staff nurse di 6A dan ubah jadual pada tarikh tersebut untuk elakkan sebarang kekeliruan.

sekian, harap maklum (^_^)

Wednesday, 5 October 2011

New BD Shift Roster Starting 8/10/11 Onwards!!!

As-Salam dan Selamat sejahtera.

Ok, seperti yg sedia maklum, mulai Sabtu ini, 8/10/11, sistem shift HO Ortho akan ditukar daripada TDS kepada BD shift.  berikut ialah Jadual untuk bulan Oktober 2011 dan juga jadual detail untuk minggu depan.








Aku rasa, berdasarkan kefahaman aku, this gonna be tough. Here's a few things for all of you HOrthorians to take note regarding this new shift roster:

1) Pada Jadual bulanan, akan ada tanda A, P, X, M, T, H, dan C:

A - AM shift (7am-8pm)
P - PM shift (8pm - 8am)
X- Off day/ cuti
M - OT Emergency
T - OT Elektif
H - Half day (8am - 1pm) (weekdays - clinic, weekend - in respective ward)
C - Clinic

2) Pada jadual bulanan juga, sudah ditetapkan di wad mana kamu semua bertugas for that month. However, please take note yg ia mungkin berubah (especially during weekend) dalam jadual detail.

3) Jadual detail yg akan diupdate setiap minggu ialah basically dimana kamu sepatutnya berada pada waktu siang.

4) Please make sure yg korang berada di tempat yg ditetapkan pada masa yg tepat. which means, pukul 7 tu supposely dah start round ward la.

5) bagi yg bertugas untuk OT elektif dan klinik, even though klinik dan OT elektif biasanya bermula pukul 8am, tapi korang dikehendaki menolong dalam round ward yg supposely kamu berada sebelum pukul 8. sebagai contoh, pada hari Ahad 9/10/11, Dr Suhaimi ditugaskan untuk OT 9, tapi sebelum pukul 8 dia hendaklah round ward yg ditugaskan, iaitu wad 7AB. bagi yg ditugaskan OT Emergency, selagi mana kamu tidak dipanggil untuk masuk OT, sila round ward yg ditetapkan. Orang yg ditugaskan di klinik juga sama, sebelum pukul 8am hendaklah tolong round ward masing2 dan kemudian pass over pada org yg kekal di wad sebelum turun ke klinik, okeh?

6) jadual ni mungkin agak sukar difahami bagi SN di wad, dan mungkin berlaku kekeliruan. so, Harap2 korang boleh tolong perjelaskan kepada SN di wad masing2 berkenaan jadual ni supaya diorang tau nak panggil doktor mana kalau ada ape2 (cthnya, nak call doktor mana untuk masuk OT elektif or Emergency)

7) Untuk new case, or lodger, orang wad yg akan uruskan. maksudnya, kalau ada new case or lodger dekat 4CD, HO dekat 4CD yg akan uruskan. tapi andai kata banyak perkara yg nak diuruskan, atau memerlukan pertolongan, boleh la minta tolong pada mana2 HO yg dah siap kerja. Harap semua HO akan saling tolong menolong, bukan pentingkan diri sendiri sahaja. Ingatlah bahawa setiap perlakuan dan percakapan kita ada orang yg perhatikan (Peringatan dr Kak Ja). Kalau ade kes periphery, itu HO periphery (either HO 5CD or  7AB) yg akan uruskan.

8) bagi HO yg bertugas PM shift, hendaklah sedia maklum untuk PM shift, akan ada seorang HO dari setiap wad yg akan bertugas pada waktu tersebut. itu bermakna, jika ada new case or lodger dekat wad tertentu, HO yg bertugas untuk wad tu yg utamanya untuk attend kes tu. Tapi, bagi aku, untuk hal macam ni, lagi senang kalau 2-3 orang tolong uruskan supaya lagi cepat dan mudah. Apa yg penting? KERJASAMA! orait?

9) bagi yg sudah habis OT atau klinik, silalah naik ke wad masing2 untuk uruskan dan buat kerja2 yg perlu ye. rasanya semua tahu pasal ni..

10) Dr Ayuni dan Dr azliza ada mengingatkan, mana2 new case atau lodger hendaklah attend within 1 hour. so, kalau ade lodger tu, boleh la attend kes lodger tu dulu, lepas tu baru settlekan wardwork yg lain. Priority itu penting supaya segala kerja berjalan lancar.

Hurm...aku rasa aku dah cover segala apa yg aku ingat berdasarkan meeting petang tadi. Apa-apa pun, jika ada sebarang pertanyaan, atau kekeliruan, atau masalah, boleh la bertanyakan kepada Dr. Tuan Fairuz, Dr Suhaimi or lebih senang, Dr Ayuni. harap semua jelas dengan penjelasan yg tak seberapa ini.

Harap Maklum. Terima Kasih. Wassalam

Friday, 30 September 2011

Roster Shift 2/10 - 8/10/11

As-Salam.

Erm, tanpa berbicara panjang, di bawah adalah shift roster untuk minggu depan.. Unfortunately (or fortunately?), minggu depan masih lagi mengekalkan TDS shift. Ade beberapa  pertukaran ahli member memandangkan ada HO yg sudah atau akan menamatkan posting Ortho minggu depan. Kepada HO baru masuk, sila pastikan sebelum download roster dibawah, sila besarkan dahulu roster tersbut lepas tu baru download untuk pastikan roster yg didownload boleh dizoom dengan baik. caranya? rujuk pada enry yg terawal ye. so, check it out!














aku realize ade beberapa kekeliruan or kemaslahatan dalam jadual kali nie, aku sendiri juga menggaru kepala. Aku akan cuba berbincang dengan Miss Isnoni pasal hal tu, so far aku dapat detect 3 maslahat je:

1.  Fairudzi akan oncall pada hari Jumaat seorang diri sahaja memandangkan Shahrul dan Afifudin bercuti pada hari tu. aku rase aku ade jalan penyelesaian, tp yg tu kene bincang dengan org berkenaan terlebih dahulu.

2. Rohana (kalo x silap) sebenarnya bercuti pada hari Isnin, bukan pada hari Selasa (die pernah mention sebelum ni). Even kalo tengok shift detail pun, nama die takde pada hari isnin, bukan hari selasa. nanti akan diconfirmkan balik.

3. Group C (Ezyan, Zakiah, Suhaimi) ade shift petang 3 kali (supposely 2x je). masalah ni dah lama, sebelum ni tiada perubahan. so nanti akan  diconfirmkan balik dengan miss.

setakat nie, 3 benda tu la yg aku perasan cam ade masalah sikit. kalo ade sape2 yg perasan ade masalah lain, boleh maklumkan pada aku, atau paling senang, terus tanya Miss.

that's all. Wallahu A'lam

Thursday, 22 September 2011

Updates! Updates! Jadual Roster Untuk Minggu ke-4 (25/9 - 1/10/11)

As-salam.

aku tahu ramai yang menantikan entry ni. Mohon maaf kerana kelewatan jadual, walaupun jadual berwarna-warni tu sudah ade sejak khamis minggu lepas, tp jadual details tu baru je disusun semalam dan siap ditaip pagi tadi. ok guys, here's the roster. please download them and keep them in your smartphone or in your whitecoat.





Jadual Warna






Jadual Details

Ade sedikit perubahan yg perlu semua sedia maklum untuk roster mulai minggu depan:

1 - Untuk HO yg bertugas double shift pagi dan malam, jika sebelum ini masa post call adalah di klinik, tapi selepas ni ade perubahan. bagi yg double shift pagi dan malam, pada shift pagi pertama tu korang akan bertugas di klinik, dan pada waktu post malam korang akan berada di wad sampai pukul 1pm. sebagai contoh, let say aku bertugas double shift pagi-malam pada hari ahad, means pada pagi ahad aku akan berada di klinik sampai habis, then kalo ade mase naik wad tolong ape2 wardwork, petang balik and datang kembali pukul 10 malam. pada pagi isnin, iaitu post malam, aku akan berada di wad yg ditetapkan sampai 1pm, then off. paham?

2 - kalo korang perasan, kebiasaannya untuk 5CD/7AB hanya ada 1orang HO untuk round 2 ward tu. Pada asalnya, aku nak letak 2org utk 5CD/7AB, tp x cukup orang. so, my suggestion is, harap salah seorang daripada yg in-charge untuk 6A, kalo patient kat 6A  tu sorang boleh handle, harap yg sorang lagi sedia membantu org yg in-charge untuk 2wad tu. andai kata 6A ramai patient, harap yg in-charge 5CD/7AB tu call salah seorang yg on-call untuk tolong round 7AB. another suggestion is, sorang daripada orang on-call akan in-charge untuk 7AB (pada hari yg hanya ade sorang je utk jaga 5CD/7AB). harap korang dapat buat keputusan, terutamanya yg in-charge 2 wad tu untuk mintak tolong dengan rakan HO lain. kita semua sudah matang, kan? (^_^)

3- seperti yg semua sedia maklum, orang on-call akan round periphery. so, make sure korang dapatkan buku periphery dari orang shift malam dan agihkan tugas untuk round patient periphery. make sure buku tu sentiasa updated supaya yg in-charge tau kes ape & ape current issue or plan for that patient. okeh?

so far, itu sahaja perubahan yg perlu semua sedia maklum. jika ada apa2 updates, akan dimaklumkan kemudian. sebarang kemusykilan boleh jumpa aku dan aku cuba settlekan setakat yg aku mampu. Terima Kasih.


p/s: Good Job kepada semua yg menjayakan Open House Ortho Department HSNZ 2011 hari ini. segala jasa dan keringat korang semua sangat dihargai. Tidak lupa kepada HO2 dan MO2 yg bertugas on-call, buat operation, dan juga yg tolong cover wardwork2 yg sangat banyak, walaupun mereka tidak dapat bersama memeriahkan jamuan raya, namun korang secara tidak langsung juga terlibat dalam menjayakan program ini.. ARIGATO GOZAIMAS!! (^_^)

Monday, 19 September 2011

Updates Open House Ortho Department 2011

As-salam.

sedikit updates untuk jamuan raya pada hari khamis ni, 22/9/11. Yg akan menguruskan Satay ialah Dr Aizuddin, Dr Izzuddin dan Dr Aidil. Manakala Dr Farah Hanum dan Dr Hidayatul akan ditugaskan sebagai penyambut tetamu. Lain2 bahagian tugasan adalah sama seperti yg dicatitkan sebelum ini. Open House akan bermula pada pukul 11am sehingga 2pm. Bagi yg bertugas di wad, ward round akan berjalan seperti biasa, dan selepas habis round serta wardwork yg penting, semua diminta  untuk turun ke tempat jamuan untuk menjalankan tugas masing2. kepada yg day off pada hari tu, diharap dapat datang lebih awal supaya kerja2 di tempat jamuan dapat diuruskan dengan baik. untuk sebarang maklumat yg lanjut, boleh bertanyakan kepada Dr Tuan Fairuz. Jangan lupa untuk berpakaian serba Ungu pada hari jamuan tersebut!

bagi roster shift minggu depan, aku masih belum bertemu dengan Dr Naziri untuk mendapatkan softcopy/hardcopy roster tersebut. InsyaAllah akan diusahakan secepat mungkin. jika mahu tahu lebih awal mengenai tugasan minggu depan, boleh dilihat di messageboard dekat klinik ortho

Sekian.

Thursday, 15 September 2011

All The Best!!

Bismillah.

Di kesempatan ini, ingin mengucapkan selamat berjaya kepada Dr. Tengku Abdul Kadir, Dr. Azhar Osman, and Dr. Phon Su Ee yg meninggalkan jabatan Orthopaedik hari ini dalam meneruskan journey masing2 di Paediatric, Medical & Dermatology respectively. Wishing all the best for them!! dan jangan lupa doakan kami yg masih di sini untuk ikut jejak langkah korang ye (^_^)

Wednesday, 14 September 2011

Sisipan Rohani: Fat Embolism Syndrome

Ape yg Kita tau pasal Fat Embolism Syndrome? It is a clinical manifestation that developed after trauma, especially after long bone #, whereby fat droplets act as emboli becoming impacted the pulmonary circulation & other microvascular beds, thus leads to respiratory problems, or in worse condition, cerebral dysfunction. Senang paham, FES adalah keadaan dimana fat emboli menyumbat salur darah; jika ia tersumbat di microvascular beds, patient akan ada petechiae. kalo tersumbat di paru2, akan ada respiratory problem. jika tersumbat di otak, maka akan ada cerebral dysfunction. Harus ingat, FES ialah Orthopaedic Emergencies!!

Etiologies?
1. long bone # (90% of cases cause FES)
2. massive STI
3. severe burn
4. Surgical instumentation of long bones
5. non-trauma: fatty liver, prolonged corticosteroid therapy, OM, collagen disease, etc

Gurd's criteria for Diagnosis: at least 1 major + 4 minor

Major criteria
1. axillary/subconjunctiva petechiae
2. hypoxaemia (PaO2 < 60mmHg)
3. CNS depression
4. occur transiently (4-6 hours)

Minor criteria
1. tachycardia ( > 110b/min)
2. pyrexia ( > 38.5)
3. emboli present in retina on funduscopic examination
4. fat present in urine
5. sudden unexplainable drop of hematocrit or platelet value
6. inccreased ESR rate
7. fat globules present in sputum

Miscelaneous criteria
1.occurs within 72 hours of skeletal trauma
2. SOB
3. Altered mental status
4. urinary incontinence

Clinical Presentation?
1. Cardiopulmonary
- tachycardia
- tachypnoea, dyspnea & hypoxic
- fever > 38.5
- vague chest pain

2. Dermatology
- chest/axilla/subconjunctival petechiae

3. Neurology
- CNS depression /  altered mental status
- retinal hemorrhages with intra-fat globules

Investigations?
1. ABG - check PaO2
2. FBC - check hematocrit, platelet, fibrinogen
3. Urine studies - urinary aft stains
4. Chest X-ray - "snowstorm" appearance

Management?
1. Oxygenation & ventilation, monitor PaO2
2. stablilize haemodynamic status
3. hydration - fluid replacement
4. early stabilization of long bone #
5. IV corticosteroid & heparin (to reduce pulmonary oedema & intravascular clotting)

Harap ia membantu. Sumber dari Apley's concise dan juga Basic # Mx for students & Housemen. untuk pemahaman lebih mendalam, sila buat bacaan sendiri. Jika ada sebarang kemusykilan, boleh bertanyakan kepada specialist (^_^)

Tuesday, 13 September 2011

Open House Raya Orthopaedic HSNZ 2011

Bismillah.

InsyaAllah, seperti yg dirancang, Jabatan Orthopaedik HSNZ akan mengadakan Open House pada 22 September 2011 (Khamis) bertempat di kawasan halaman berdekatan dengan klinik pakar Ortho. Para HO ditugaskan untuk menguruskan bahagian sate, bahagian hiasan klinik dan juga sebagai penyambut tetamu. Berikut adalah jawatan2 dan tugasan2 yg telah ditetapkan untuk para HOrthorians semua:

Ketua: Dr Tuan Mohd Fairuz
Timbalan Ketua: Dr Wan Zakiah Wan Zaik
Bendahari: Dr Tengku Balqis

Bahagian Hiasan Klinik:
1. Dr Hamidah
2. Dr Afifuddin
3. Dr Azhar Faruqi
4. Dr Siti Rohana
5. Dr Ayuni
6. Dr Wan Zakiah

Bahagian Sate:
1. Dr Farah Hanum
2. Dr Hidayatul
3. Dr Aidil
4. Dr Aizuddin

Bahagian Sambut Tetamu:
- Perempuan
1. Dr Syukriah
2. Dr Farhana
3. Dr Ezyan
4. Dr Nik Lili
5. Dr Marne
6. Dr Fadhilah

- Lelaki:
1. Dr Tuan Fairuz
2. Dr Suhaimi
3. Dr Shahrul
4. Dr Fairudzi
5. Dr Izzuddin
6. Dr Azhar

Tema Open House kali ini ialah "Ungu" atau "Purple" dan berkonsepkan Garden.. diharapkan semua HOrthorians dapat memberi kerjasama dalam menjayakan tugasan yg diberikan pada hari tersebut. Mesyuarat jawatankuasa akan diadakan dari semasa ke semasa dan sebarang updates akan dicatitkan juga di blog ini.

Lastly, makluman kepada para HOrthorians, diharapkan mana2 HOrthorians yang belum menjelaskan bayaran untuk jamuan raya kali ini dapat berbuat demikian secepat mungkin dan selewat2nya hujung minggu ini kepada Dr. Balqis. Jika tidak, kemungkinan nama2 yg masih belum menjelaskan bayaran akan dipaparkan di blog ini pada minggu hadapan. harap semua HOrthorians dapat beri kerjasama.

Sekian, harap maklum

Friday, 9 September 2011

Jadual Beli Makanan Minggu ke-2 & ke-3 September 11

Bismillah.

As-salam dan selamat sejahtera.

berikut jadual tugasan untuk membeli makanan pada minggu ke-2 & ke-3 bulan September' 11:

11hb - Dr Izzuddin Mohd Omar
12hb - Dr Mohd Fairudzi Afzanizam Salleh
13hb - Dr Phon Su Ee
14hb - Dr Marne Abdullah
18hb - Dr Siti Rohana Mohd
19hb - Dr Mohd Farhan Kamaludin
20hb - Dr Nur Farhana
21hb - Dr Noor Hamidah Che Ali

Harap maklum.

Thursday, 8 September 2011

Jadual Shift untuk 11/9 - 24/9/11

 Bismillah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Setelah berbincang dengan HOrthorianz2 yg berkesempatan untuk menghadiri meeting untuk berbincang pasal jadual shift & persiapan Open House Ortho Department 2011, maka blog ini diwujudkan untuk memudahkan para HOrthorianz semua mendapatkan maklumat2 penting untuk HO di orthopaedic secara lebih sistematik, contohnya jadual Shift, jadual beli makanan, pengumuman dan sebagainya.

Aku ditugaskan untuk menguruskan blog ini, dan aku akan cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik bagi memastikan HOrthorianz2 semua mendapat maklumat2 penting sepanjang posting di department Ortho. Namun, aku tetap insan biasa, tak lari dari kesilapan. Sekiranya ada maklumat salah, tidak lengkap, atau maklumat penting yg tidak dipaparkan di sini, harap dapat maklumkan kepada aku supaya aku dapat memperbaikinya. Mohon kerjasama dari HOrthorianz2 semua agar sama2 dapat menjalani posting ini tanpa sebarang masalah yg besar, okeh?

Untuk entry pertama nie, disertakan jadual shift serta details tempat di mana sepatutnya kamu bertugas pada hari2 tersebut. Ini yang latest sekali (8/9/11). Terdapat sedikit perubahan, terutamanya MO yang bertugas. harap semua maklum.



1. Shift rotation 11/9 - 17/9/11.



2. Shift rotation 18/9 - 24/9/11



Waktu Hijau (biasa) - 7.30am - 4.30pm (8jam - 1jam rehat tidak dikira)
Waktu Kuning (petang) - 4.30pm - 11pm (6 1/2 jam)
Waktu Merah (malam) - 10pm - 7.30am (9 1/2 jam)
Waktu Biru (post malam) - 7.30am - 1.00pm (5 1/2 jam)

*purata kerja seminggu - 60jam
*setiap HO hanya buat 2 partial call; 1 petang dan 1 malam
* setiap HO ada 5 hari waktu bekerja biasa, termasuk weekend
*setiap HO dapat 2 hari  (24jam - 1hari) off dalam seminggu


3. Details roster untuk 11/9 - 17/9/11






4. Details Roster 18/9 - 24/9/11:






*details roster adalah untuk menentukan tempat bertugas pada waktu bekerja biasa

* sekiranya nama tidak terdapat dalam details roster pada hari tertentu, itu bermakna kamu bekerja shift petang atau day off.
* waktu bekerja tidak rigid. Sila datang lebih awal, terutamanya waktu pagi untuk melancarkan passing over. sila pastikan kerja kamu siap terlebih dahulu sebelum balik.
* setiap HO hendaklah menyediakan 1 buku kecil ketika bertugas. sekiranya bertugas lebih jam dari waktu bertugas, sila catit dalam buku kecil tersebut dan minta MO bertugas sign. Kamu boleh claim hour, means balik lebih awal pada hari weekend sekiranya ada lebihan waktu bertugas.
* cuti 8 hari dalam 1 posting masih ada, tetapi dinasihatkan untuk bercuti pada hari weekend (time weekend ramai HO yg boleh cover ward)

untuk melihat roster dengan lebih besar, sila "left click" (or touch guna smartphone anda) untuk view secara penuh, dan kemudian sila zoom sendiri. untuk mendownload, view roster dengan gambar penuh, dan kemudian "right click" then "save image as" ke dalam laptop / komputer kamu. untuk smartphone, sila touch lama sikit pada roster, then bila ada pop up, sila pilih save image as ke dalam smartphone kamu (macam la tak reti. kalo tak reti jugak pakai smartphone tu, baik guna untuk pelekong binatang sahaja..haha). DAN SILA PASTIKAN sebelum download tu, tekan dulu dekat roster tu untuk view penuh, then baru save image. kalo kamu save image roster tu dalam size kecik / bukan penuh, nanti jadual roster akan blur. so INGAT, buka image yg besar dulu, then baru save.. paham?

Blog ini akan digunakan untuk memberikan maklumat lanjut, dan juga updates dari board dekat klinik, insyaAllah. namun begitu, sila rujuk board klinik untuk kepastian atau info yg terkini andainya aku terlambat untuk update dekat blog ini.

That's it for now. InsyaAllah lepas ni aku cuba untuk update lagi kalo ade maklumat penting. Untuk keep in touch, sila la jangan segan atau malu untuk follow blog ini supaya korang not missing anything. but do not blame me if updates lambat sikit, I also need to spend time for myself too. Bagi yang dah menjenguk blog ini, sila sebarkan kepada HOrthorianz2 yang lain supaya diorang tahu and dapat jenguk jugak blog ini. Terima Kasih

Wassalam

p/s: I know it's quite weird to use bahasa baku, but I believed it's better rather than I use Bahasa Ganu (susah le nak ngeja bahasa ganu..haha). oh ye, sila beri sebarang komen, cadangan atau kritikan pasal blog ini, untuk aku perbaiki dan membaikkan lagi blog ini. sebarang komen dan cadangan amat dihargai (^_^)