Thursday, 8 September 2011

Jadual Shift untuk 11/9 - 24/9/11

 Bismillah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Setelah berbincang dengan HOrthorianz2 yg berkesempatan untuk menghadiri meeting untuk berbincang pasal jadual shift & persiapan Open House Ortho Department 2011, maka blog ini diwujudkan untuk memudahkan para HOrthorianz semua mendapatkan maklumat2 penting untuk HO di orthopaedic secara lebih sistematik, contohnya jadual Shift, jadual beli makanan, pengumuman dan sebagainya.

Aku ditugaskan untuk menguruskan blog ini, dan aku akan cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik bagi memastikan HOrthorianz2 semua mendapat maklumat2 penting sepanjang posting di department Ortho. Namun, aku tetap insan biasa, tak lari dari kesilapan. Sekiranya ada maklumat salah, tidak lengkap, atau maklumat penting yg tidak dipaparkan di sini, harap dapat maklumkan kepada aku supaya aku dapat memperbaikinya. Mohon kerjasama dari HOrthorianz2 semua agar sama2 dapat menjalani posting ini tanpa sebarang masalah yg besar, okeh?

Untuk entry pertama nie, disertakan jadual shift serta details tempat di mana sepatutnya kamu bertugas pada hari2 tersebut. Ini yang latest sekali (8/9/11). Terdapat sedikit perubahan, terutamanya MO yang bertugas. harap semua maklum.



1. Shift rotation 11/9 - 17/9/11.



2. Shift rotation 18/9 - 24/9/11



Waktu Hijau (biasa) - 7.30am - 4.30pm (8jam - 1jam rehat tidak dikira)
Waktu Kuning (petang) - 4.30pm - 11pm (6 1/2 jam)
Waktu Merah (malam) - 10pm - 7.30am (9 1/2 jam)
Waktu Biru (post malam) - 7.30am - 1.00pm (5 1/2 jam)

*purata kerja seminggu - 60jam
*setiap HO hanya buat 2 partial call; 1 petang dan 1 malam
* setiap HO ada 5 hari waktu bekerja biasa, termasuk weekend
*setiap HO dapat 2 hari  (24jam - 1hari) off dalam seminggu


3. Details roster untuk 11/9 - 17/9/11






4. Details Roster 18/9 - 24/9/11:






*details roster adalah untuk menentukan tempat bertugas pada waktu bekerja biasa

* sekiranya nama tidak terdapat dalam details roster pada hari tertentu, itu bermakna kamu bekerja shift petang atau day off.
* waktu bekerja tidak rigid. Sila datang lebih awal, terutamanya waktu pagi untuk melancarkan passing over. sila pastikan kerja kamu siap terlebih dahulu sebelum balik.
* setiap HO hendaklah menyediakan 1 buku kecil ketika bertugas. sekiranya bertugas lebih jam dari waktu bertugas, sila catit dalam buku kecil tersebut dan minta MO bertugas sign. Kamu boleh claim hour, means balik lebih awal pada hari weekend sekiranya ada lebihan waktu bertugas.
* cuti 8 hari dalam 1 posting masih ada, tetapi dinasihatkan untuk bercuti pada hari weekend (time weekend ramai HO yg boleh cover ward)

untuk melihat roster dengan lebih besar, sila "left click" (or touch guna smartphone anda) untuk view secara penuh, dan kemudian sila zoom sendiri. untuk mendownload, view roster dengan gambar penuh, dan kemudian "right click" then "save image as" ke dalam laptop / komputer kamu. untuk smartphone, sila touch lama sikit pada roster, then bila ada pop up, sila pilih save image as ke dalam smartphone kamu (macam la tak reti. kalo tak reti jugak pakai smartphone tu, baik guna untuk pelekong binatang sahaja..haha). DAN SILA PASTIKAN sebelum download tu, tekan dulu dekat roster tu untuk view penuh, then baru save image. kalo kamu save image roster tu dalam size kecik / bukan penuh, nanti jadual roster akan blur. so INGAT, buka image yg besar dulu, then baru save.. paham?

Blog ini akan digunakan untuk memberikan maklumat lanjut, dan juga updates dari board dekat klinik, insyaAllah. namun begitu, sila rujuk board klinik untuk kepastian atau info yg terkini andainya aku terlambat untuk update dekat blog ini.

That's it for now. InsyaAllah lepas ni aku cuba untuk update lagi kalo ade maklumat penting. Untuk keep in touch, sila la jangan segan atau malu untuk follow blog ini supaya korang not missing anything. but do not blame me if updates lambat sikit, I also need to spend time for myself too. Bagi yang dah menjenguk blog ini, sila sebarkan kepada HOrthorianz2 yang lain supaya diorang tahu and dapat jenguk jugak blog ini. Terima Kasih

Wassalam

p/s: I know it's quite weird to use bahasa baku, but I believed it's better rather than I use Bahasa Ganu (susah le nak ngeja bahasa ganu..haha). oh ye, sila beri sebarang komen, cadangan atau kritikan pasal blog ini, untuk aku perbaiki dan membaikkan lagi blog ini. sebarang komen dan cadangan amat dihargai (^_^)

No comments:

Post a Comment