Wednesday, 5 October 2011

New BD Shift Roster Starting 8/10/11 Onwards!!!

As-Salam dan Selamat sejahtera.

Ok, seperti yg sedia maklum, mulai Sabtu ini, 8/10/11, sistem shift HO Ortho akan ditukar daripada TDS kepada BD shift.  berikut ialah Jadual untuk bulan Oktober 2011 dan juga jadual detail untuk minggu depan.








Aku rasa, berdasarkan kefahaman aku, this gonna be tough. Here's a few things for all of you HOrthorians to take note regarding this new shift roster:

1) Pada Jadual bulanan, akan ada tanda A, P, X, M, T, H, dan C:

A - AM shift (7am-8pm)
P - PM shift (8pm - 8am)
X- Off day/ cuti
M - OT Emergency
T - OT Elektif
H - Half day (8am - 1pm) (weekdays - clinic, weekend - in respective ward)
C - Clinic

2) Pada jadual bulanan juga, sudah ditetapkan di wad mana kamu semua bertugas for that month. However, please take note yg ia mungkin berubah (especially during weekend) dalam jadual detail.

3) Jadual detail yg akan diupdate setiap minggu ialah basically dimana kamu sepatutnya berada pada waktu siang.

4) Please make sure yg korang berada di tempat yg ditetapkan pada masa yg tepat. which means, pukul 7 tu supposely dah start round ward la.

5) bagi yg bertugas untuk OT elektif dan klinik, even though klinik dan OT elektif biasanya bermula pukul 8am, tapi korang dikehendaki menolong dalam round ward yg supposely kamu berada sebelum pukul 8. sebagai contoh, pada hari Ahad 9/10/11, Dr Suhaimi ditugaskan untuk OT 9, tapi sebelum pukul 8 dia hendaklah round ward yg ditugaskan, iaitu wad 7AB. bagi yg ditugaskan OT Emergency, selagi mana kamu tidak dipanggil untuk masuk OT, sila round ward yg ditetapkan. Orang yg ditugaskan di klinik juga sama, sebelum pukul 8am hendaklah tolong round ward masing2 dan kemudian pass over pada org yg kekal di wad sebelum turun ke klinik, okeh?

6) jadual ni mungkin agak sukar difahami bagi SN di wad, dan mungkin berlaku kekeliruan. so, Harap2 korang boleh tolong perjelaskan kepada SN di wad masing2 berkenaan jadual ni supaya diorang tau nak panggil doktor mana kalau ada ape2 (cthnya, nak call doktor mana untuk masuk OT elektif or Emergency)

7) Untuk new case, or lodger, orang wad yg akan uruskan. maksudnya, kalau ada new case or lodger dekat 4CD, HO dekat 4CD yg akan uruskan. tapi andai kata banyak perkara yg nak diuruskan, atau memerlukan pertolongan, boleh la minta tolong pada mana2 HO yg dah siap kerja. Harap semua HO akan saling tolong menolong, bukan pentingkan diri sendiri sahaja. Ingatlah bahawa setiap perlakuan dan percakapan kita ada orang yg perhatikan (Peringatan dr Kak Ja). Kalau ade kes periphery, itu HO periphery (either HO 5CD or  7AB) yg akan uruskan.

8) bagi HO yg bertugas PM shift, hendaklah sedia maklum untuk PM shift, akan ada seorang HO dari setiap wad yg akan bertugas pada waktu tersebut. itu bermakna, jika ada new case or lodger dekat wad tertentu, HO yg bertugas untuk wad tu yg utamanya untuk attend kes tu. Tapi, bagi aku, untuk hal macam ni, lagi senang kalau 2-3 orang tolong uruskan supaya lagi cepat dan mudah. Apa yg penting? KERJASAMA! orait?

9) bagi yg sudah habis OT atau klinik, silalah naik ke wad masing2 untuk uruskan dan buat kerja2 yg perlu ye. rasanya semua tahu pasal ni..

10) Dr Ayuni dan Dr azliza ada mengingatkan, mana2 new case atau lodger hendaklah attend within 1 hour. so, kalau ade lodger tu, boleh la attend kes lodger tu dulu, lepas tu baru settlekan wardwork yg lain. Priority itu penting supaya segala kerja berjalan lancar.

Hurm...aku rasa aku dah cover segala apa yg aku ingat berdasarkan meeting petang tadi. Apa-apa pun, jika ada sebarang pertanyaan, atau kekeliruan, atau masalah, boleh la bertanyakan kepada Dr. Tuan Fairuz, Dr Suhaimi or lebih senang, Dr Ayuni. harap semua jelas dengan penjelasan yg tak seberapa ini.

Harap Maklum. Terima Kasih. Wassalam

No comments:

Post a Comment