Showing posts with label Shift roster. Show all posts
Showing posts with label Shift roster. Show all posts

Sunday, 30 October 2011

Shift Roster November 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

tanpa membuang masa, ini adalah shift roster unutk bulan November 2011. Happy downloading dan selamat bekerja semua! (^_^)














wassalam.

Saturday, 15 October 2011

BD shift roster utk bulan Oktober - Ada Perubahan

Salam & selamat sejahtera.

Maaf  kerana terlambat upload kali ini. Lagi pun, jadual ni dah diupload di group facebook khamis semalam. so, rasenye semua dah dapat jadual ni, hopefully














ada perubahan pada jadual berwarna diatas, so harap take note masing2 punya shift supaya dapat berada ditempat yg ditugaskan. 1 lg perubahan ialah pada 31hb oktober, Dr Farhana akan bertugas AM shift dan Dr Rohana akan bertugas pada PM shift di 6A. tapi, harap yg berkenaan dapat maklumkan pada staff nurse di 6A dan ubah jadual pada tarikh tersebut untuk elakkan sebarang kekeliruan.

sekian, harap maklum (^_^)

Wednesday, 5 October 2011

New BD Shift Roster Starting 8/10/11 Onwards!!!

As-Salam dan Selamat sejahtera.

Ok, seperti yg sedia maklum, mulai Sabtu ini, 8/10/11, sistem shift HO Ortho akan ditukar daripada TDS kepada BD shift.  berikut ialah Jadual untuk bulan Oktober 2011 dan juga jadual detail untuk minggu depan.








Aku rasa, berdasarkan kefahaman aku, this gonna be tough. Here's a few things for all of you HOrthorians to take note regarding this new shift roster:

1) Pada Jadual bulanan, akan ada tanda A, P, X, M, T, H, dan C:

A - AM shift (7am-8pm)
P - PM shift (8pm - 8am)
X- Off day/ cuti
M - OT Emergency
T - OT Elektif
H - Half day (8am - 1pm) (weekdays - clinic, weekend - in respective ward)
C - Clinic

2) Pada jadual bulanan juga, sudah ditetapkan di wad mana kamu semua bertugas for that month. However, please take note yg ia mungkin berubah (especially during weekend) dalam jadual detail.

3) Jadual detail yg akan diupdate setiap minggu ialah basically dimana kamu sepatutnya berada pada waktu siang.

4) Please make sure yg korang berada di tempat yg ditetapkan pada masa yg tepat. which means, pukul 7 tu supposely dah start round ward la.

5) bagi yg bertugas untuk OT elektif dan klinik, even though klinik dan OT elektif biasanya bermula pukul 8am, tapi korang dikehendaki menolong dalam round ward yg supposely kamu berada sebelum pukul 8. sebagai contoh, pada hari Ahad 9/10/11, Dr Suhaimi ditugaskan untuk OT 9, tapi sebelum pukul 8 dia hendaklah round ward yg ditugaskan, iaitu wad 7AB. bagi yg ditugaskan OT Emergency, selagi mana kamu tidak dipanggil untuk masuk OT, sila round ward yg ditetapkan. Orang yg ditugaskan di klinik juga sama, sebelum pukul 8am hendaklah tolong round ward masing2 dan kemudian pass over pada org yg kekal di wad sebelum turun ke klinik, okeh?

6) jadual ni mungkin agak sukar difahami bagi SN di wad, dan mungkin berlaku kekeliruan. so, Harap2 korang boleh tolong perjelaskan kepada SN di wad masing2 berkenaan jadual ni supaya diorang tau nak panggil doktor mana kalau ada ape2 (cthnya, nak call doktor mana untuk masuk OT elektif or Emergency)

7) Untuk new case, or lodger, orang wad yg akan uruskan. maksudnya, kalau ada new case or lodger dekat 4CD, HO dekat 4CD yg akan uruskan. tapi andai kata banyak perkara yg nak diuruskan, atau memerlukan pertolongan, boleh la minta tolong pada mana2 HO yg dah siap kerja. Harap semua HO akan saling tolong menolong, bukan pentingkan diri sendiri sahaja. Ingatlah bahawa setiap perlakuan dan percakapan kita ada orang yg perhatikan (Peringatan dr Kak Ja). Kalau ade kes periphery, itu HO periphery (either HO 5CD or  7AB) yg akan uruskan.

8) bagi HO yg bertugas PM shift, hendaklah sedia maklum untuk PM shift, akan ada seorang HO dari setiap wad yg akan bertugas pada waktu tersebut. itu bermakna, jika ada new case or lodger dekat wad tertentu, HO yg bertugas untuk wad tu yg utamanya untuk attend kes tu. Tapi, bagi aku, untuk hal macam ni, lagi senang kalau 2-3 orang tolong uruskan supaya lagi cepat dan mudah. Apa yg penting? KERJASAMA! orait?

9) bagi yg sudah habis OT atau klinik, silalah naik ke wad masing2 untuk uruskan dan buat kerja2 yg perlu ye. rasanya semua tahu pasal ni..

10) Dr Ayuni dan Dr azliza ada mengingatkan, mana2 new case atau lodger hendaklah attend within 1 hour. so, kalau ade lodger tu, boleh la attend kes lodger tu dulu, lepas tu baru settlekan wardwork yg lain. Priority itu penting supaya segala kerja berjalan lancar.

Hurm...aku rasa aku dah cover segala apa yg aku ingat berdasarkan meeting petang tadi. Apa-apa pun, jika ada sebarang pertanyaan, atau kekeliruan, atau masalah, boleh la bertanyakan kepada Dr. Tuan Fairuz, Dr Suhaimi or lebih senang, Dr Ayuni. harap semua jelas dengan penjelasan yg tak seberapa ini.

Harap Maklum. Terima Kasih. Wassalam

Friday, 30 September 2011

Roster Shift 2/10 - 8/10/11

As-Salam.

Erm, tanpa berbicara panjang, di bawah adalah shift roster untuk minggu depan.. Unfortunately (or fortunately?), minggu depan masih lagi mengekalkan TDS shift. Ade beberapa  pertukaran ahli member memandangkan ada HO yg sudah atau akan menamatkan posting Ortho minggu depan. Kepada HO baru masuk, sila pastikan sebelum download roster dibawah, sila besarkan dahulu roster tersbut lepas tu baru download untuk pastikan roster yg didownload boleh dizoom dengan baik. caranya? rujuk pada enry yg terawal ye. so, check it out!














aku realize ade beberapa kekeliruan or kemaslahatan dalam jadual kali nie, aku sendiri juga menggaru kepala. Aku akan cuba berbincang dengan Miss Isnoni pasal hal tu, so far aku dapat detect 3 maslahat je:

1.  Fairudzi akan oncall pada hari Jumaat seorang diri sahaja memandangkan Shahrul dan Afifudin bercuti pada hari tu. aku rase aku ade jalan penyelesaian, tp yg tu kene bincang dengan org berkenaan terlebih dahulu.

2. Rohana (kalo x silap) sebenarnya bercuti pada hari Isnin, bukan pada hari Selasa (die pernah mention sebelum ni). Even kalo tengok shift detail pun, nama die takde pada hari isnin, bukan hari selasa. nanti akan diconfirmkan balik.

3. Group C (Ezyan, Zakiah, Suhaimi) ade shift petang 3 kali (supposely 2x je). masalah ni dah lama, sebelum ni tiada perubahan. so nanti akan  diconfirmkan balik dengan miss.

setakat nie, 3 benda tu la yg aku perasan cam ade masalah sikit. kalo ade sape2 yg perasan ade masalah lain, boleh maklumkan pada aku, atau paling senang, terus tanya Miss.

that's all. Wallahu A'lam

Thursday, 22 September 2011

Updates! Updates! Jadual Roster Untuk Minggu ke-4 (25/9 - 1/10/11)

As-salam.

aku tahu ramai yang menantikan entry ni. Mohon maaf kerana kelewatan jadual, walaupun jadual berwarna-warni tu sudah ade sejak khamis minggu lepas, tp jadual details tu baru je disusun semalam dan siap ditaip pagi tadi. ok guys, here's the roster. please download them and keep them in your smartphone or in your whitecoat.





Jadual Warna






Jadual Details

Ade sedikit perubahan yg perlu semua sedia maklum untuk roster mulai minggu depan:

1 - Untuk HO yg bertugas double shift pagi dan malam, jika sebelum ini masa post call adalah di klinik, tapi selepas ni ade perubahan. bagi yg double shift pagi dan malam, pada shift pagi pertama tu korang akan bertugas di klinik, dan pada waktu post malam korang akan berada di wad sampai pukul 1pm. sebagai contoh, let say aku bertugas double shift pagi-malam pada hari ahad, means pada pagi ahad aku akan berada di klinik sampai habis, then kalo ade mase naik wad tolong ape2 wardwork, petang balik and datang kembali pukul 10 malam. pada pagi isnin, iaitu post malam, aku akan berada di wad yg ditetapkan sampai 1pm, then off. paham?

2 - kalo korang perasan, kebiasaannya untuk 5CD/7AB hanya ada 1orang HO untuk round 2 ward tu. Pada asalnya, aku nak letak 2org utk 5CD/7AB, tp x cukup orang. so, my suggestion is, harap salah seorang daripada yg in-charge untuk 6A, kalo patient kat 6A  tu sorang boleh handle, harap yg sorang lagi sedia membantu org yg in-charge untuk 2wad tu. andai kata 6A ramai patient, harap yg in-charge 5CD/7AB tu call salah seorang yg on-call untuk tolong round 7AB. another suggestion is, sorang daripada orang on-call akan in-charge untuk 7AB (pada hari yg hanya ade sorang je utk jaga 5CD/7AB). harap korang dapat buat keputusan, terutamanya yg in-charge 2 wad tu untuk mintak tolong dengan rakan HO lain. kita semua sudah matang, kan? (^_^)

3- seperti yg semua sedia maklum, orang on-call akan round periphery. so, make sure korang dapatkan buku periphery dari orang shift malam dan agihkan tugas untuk round patient periphery. make sure buku tu sentiasa updated supaya yg in-charge tau kes ape & ape current issue or plan for that patient. okeh?

so far, itu sahaja perubahan yg perlu semua sedia maklum. jika ada apa2 updates, akan dimaklumkan kemudian. sebarang kemusykilan boleh jumpa aku dan aku cuba settlekan setakat yg aku mampu. Terima Kasih.


p/s: Good Job kepada semua yg menjayakan Open House Ortho Department HSNZ 2011 hari ini. segala jasa dan keringat korang semua sangat dihargai. Tidak lupa kepada HO2 dan MO2 yg bertugas on-call, buat operation, dan juga yg tolong cover wardwork2 yg sangat banyak, walaupun mereka tidak dapat bersama memeriahkan jamuan raya, namun korang secara tidak langsung juga terlibat dalam menjayakan program ini.. ARIGATO GOZAIMAS!! (^_^)

Thursday, 8 September 2011

Jadual Shift untuk 11/9 - 24/9/11

 Bismillah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Setelah berbincang dengan HOrthorianz2 yg berkesempatan untuk menghadiri meeting untuk berbincang pasal jadual shift & persiapan Open House Ortho Department 2011, maka blog ini diwujudkan untuk memudahkan para HOrthorianz semua mendapatkan maklumat2 penting untuk HO di orthopaedic secara lebih sistematik, contohnya jadual Shift, jadual beli makanan, pengumuman dan sebagainya.

Aku ditugaskan untuk menguruskan blog ini, dan aku akan cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik bagi memastikan HOrthorianz2 semua mendapat maklumat2 penting sepanjang posting di department Ortho. Namun, aku tetap insan biasa, tak lari dari kesilapan. Sekiranya ada maklumat salah, tidak lengkap, atau maklumat penting yg tidak dipaparkan di sini, harap dapat maklumkan kepada aku supaya aku dapat memperbaikinya. Mohon kerjasama dari HOrthorianz2 semua agar sama2 dapat menjalani posting ini tanpa sebarang masalah yg besar, okeh?

Untuk entry pertama nie, disertakan jadual shift serta details tempat di mana sepatutnya kamu bertugas pada hari2 tersebut. Ini yang latest sekali (8/9/11). Terdapat sedikit perubahan, terutamanya MO yang bertugas. harap semua maklum.



1. Shift rotation 11/9 - 17/9/11.



2. Shift rotation 18/9 - 24/9/11



Waktu Hijau (biasa) - 7.30am - 4.30pm (8jam - 1jam rehat tidak dikira)
Waktu Kuning (petang) - 4.30pm - 11pm (6 1/2 jam)
Waktu Merah (malam) - 10pm - 7.30am (9 1/2 jam)
Waktu Biru (post malam) - 7.30am - 1.00pm (5 1/2 jam)

*purata kerja seminggu - 60jam
*setiap HO hanya buat 2 partial call; 1 petang dan 1 malam
* setiap HO ada 5 hari waktu bekerja biasa, termasuk weekend
*setiap HO dapat 2 hari  (24jam - 1hari) off dalam seminggu


3. Details roster untuk 11/9 - 17/9/11






4. Details Roster 18/9 - 24/9/11:






*details roster adalah untuk menentukan tempat bertugas pada waktu bekerja biasa

* sekiranya nama tidak terdapat dalam details roster pada hari tertentu, itu bermakna kamu bekerja shift petang atau day off.
* waktu bekerja tidak rigid. Sila datang lebih awal, terutamanya waktu pagi untuk melancarkan passing over. sila pastikan kerja kamu siap terlebih dahulu sebelum balik.
* setiap HO hendaklah menyediakan 1 buku kecil ketika bertugas. sekiranya bertugas lebih jam dari waktu bertugas, sila catit dalam buku kecil tersebut dan minta MO bertugas sign. Kamu boleh claim hour, means balik lebih awal pada hari weekend sekiranya ada lebihan waktu bertugas.
* cuti 8 hari dalam 1 posting masih ada, tetapi dinasihatkan untuk bercuti pada hari weekend (time weekend ramai HO yg boleh cover ward)

untuk melihat roster dengan lebih besar, sila "left click" (or touch guna smartphone anda) untuk view secara penuh, dan kemudian sila zoom sendiri. untuk mendownload, view roster dengan gambar penuh, dan kemudian "right click" then "save image as" ke dalam laptop / komputer kamu. untuk smartphone, sila touch lama sikit pada roster, then bila ada pop up, sila pilih save image as ke dalam smartphone kamu (macam la tak reti. kalo tak reti jugak pakai smartphone tu, baik guna untuk pelekong binatang sahaja..haha). DAN SILA PASTIKAN sebelum download tu, tekan dulu dekat roster tu untuk view penuh, then baru save image. kalo kamu save image roster tu dalam size kecik / bukan penuh, nanti jadual roster akan blur. so INGAT, buka image yg besar dulu, then baru save.. paham?

Blog ini akan digunakan untuk memberikan maklumat lanjut, dan juga updates dari board dekat klinik, insyaAllah. namun begitu, sila rujuk board klinik untuk kepastian atau info yg terkini andainya aku terlambat untuk update dekat blog ini.

That's it for now. InsyaAllah lepas ni aku cuba untuk update lagi kalo ade maklumat penting. Untuk keep in touch, sila la jangan segan atau malu untuk follow blog ini supaya korang not missing anything. but do not blame me if updates lambat sikit, I also need to spend time for myself too. Bagi yang dah menjenguk blog ini, sila sebarkan kepada HOrthorianz2 yang lain supaya diorang tahu and dapat jenguk jugak blog ini. Terima Kasih

Wassalam

p/s: I know it's quite weird to use bahasa baku, but I believed it's better rather than I use Bahasa Ganu (susah le nak ngeja bahasa ganu..haha). oh ye, sila beri sebarang komen, cadangan atau kritikan pasal blog ini, untuk aku perbaiki dan membaikkan lagi blog ini. sebarang komen dan cadangan amat dihargai (^_^)