Sunday, 30 October 2011

Shift Roster November 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

tanpa membuang masa, ini adalah shift roster unutk bulan November 2011. Happy downloading dan selamat bekerja semua! (^_^)














wassalam.

Friday, 28 October 2011

Mesyuarat Jabatan Ortho HSNZ 27/10/11

As-salam dan selamat sejahtera untuk semua HOrthorianz

untuk makluman semua, pada Khamis lepas (27/10/11), 1 mesyuarat bahagian jabatan Ortho HSNZ telah diadakan untuk segala perkara berbangkit serta untuk memaklumkan sebarang info dari mesyuarat  di peringkat atasan HSNZ. segala detail tak perlu la untuk aku maklumkan disini, cuma ape yg hendak diperkatakan adalah beberapa perkara yang melibatkan HO sahaja. Ini antara yg aku dapat catatkan pada mesyuarat tersebut:

1) referral system inter- & intra-hospital
rasanya semua sedia maklum bahawa jika ada sebarang referral nak dibuat kepada jabatan lain dalam hospital, hendaklah bercakap dengan MO jabatan tersebut. rasanya yg nie semua sedia maklum. jika refer ke hospital lain, juga perlu berhubung dengan MO jabatan berkenaan untuk maklumkan pasal kes yg direfer tu. untuk kes yg direfer ke jabatan ortho, hendaklah direview dengan segera. MO dikehendaki review jugak kes tu, tak boleh hanya hantar HO semata2 untuk tgk kes tersebut.

2) Pass over
berkenaan pass over (antara HO), ade yg mengatakan tak pernah nampak HO pass over apabila tukar shift, dan ade jugak yg mengatakan even pass over pun, ade jugak yg tak tau kes. aku ade menjelaskan bahawa memang ade passing over antara HO semasa pertukaran shift, tapi still mungkin masih ade yg perlu diperbaiki. harap2 semua dapat bagi kerjasama dalam passing over nie, supaya yg akan take over tahu pasal kes especially new case dalam ward

3) GSH, GXM
ade laporan mengatakan ade HO (x semestinya dari jabatan kita) yg order GXM even though x perlu pun blood transfusion, menyebabkan blood yg dh diambil tak dipakai, dan bila hantar balik ke blood bank, kene reject. so,just in case, make sure betul2 in need untuk blood transfusion baru order GXM, kalo x order for GSH sahaja. kalo x sure, jangan malu segan tanya MO. dan aku rasa so far takde lagi kes salah order GXM dalam jabatan kita, so ok la so far.

4) Shift System
so far, yg aku paham, kita kekal dengan system BD shift, di mana akan ada 2 day off setiap minggu n seseorang HO akan kekal in charge untuk ward yg sama selama 1 bulan.

5) Funduscopy
berdasarkan mesyuarat hari tu, semua HO diwajibkan buat funduscopy (in our case, especially DM patient) bagi yg memerlukan. sejauh mana implementation dia untuk ward round, aku x pasti, tapi hal ni ade diperkatakan dalam mesyuarat.

6) HIS in district hospital??
ade 1 kes, x pasti dari jabatan mana, ade HO yg buat referral letter (maybe x lengkap) kepada MO district hospital. bila MO tu x dpt detail Mx yg dh dibuat di hospital, die telefon la HO tersebut, n then HO tu bagi die punye user ID dan password untuk MO tu review progress note dalam HIS. perkara ni tak sepatutnya berlaku. harap semua sedia maklum, HIS adalah system online yg memerlukan software tersendiri untuk login, dan ia tidak terdapat di hospital2 daerah. So, lepas ni bila nak buat referral letter, tulis dgn lengkap la, n jangan ulang perkara yg HO dalam kisah ni buat ye..

7) HIS note untuk patient
kita dilarang sama sekali untuk print progress note or discharge summary untuk diberikan kepada patient. jika patient perlukan maklumat perubatan, dia perlu pergi ke jabatan rekod. hanya perkara2 yg tak boleh direkod ke dalam HIS sahaja seperti consent dan lain2 sahaja yg boleh diprintkan. ade juga MO komen pasal ada sesetengah HO yg print progress note untuk ward round, yg mana bagi mereka sepatutnya tidak boleh dilakukan

8) Copy & Paste
rasanya semua tak dapat nak elak pasal hal nie, especially bila kerja2 seperti progress note ni nak disiapkan cepat. perkara nie tak seharusnya dilakukan la, however, pada pendapat aku secara individu, it's ok untuk copy & paste, tp jangan la sampai copy & paste bulat2.. sebagai contoh, kalo dah day3 WD, jangan sampai tercopy progress note yg semalam, jadi day2 WD jugak.. kene pandai2 edit la ye. terutamanya dalam kes discharge summary, harap jangan hanya copy 100% dari general clerking note sahaja. kene review jugak progress note yg lain, dan yg paling utama, jika ade perubahan diagnosis, jangan sampai tersalah copy diagnosis dari awal. Progress note hendaklah diupdate selalu setiap hari dan juga berdasarkan ward round dengan MO/specialist. harap semua maklum

9) Case & Progress noted
Specialist ada tegur pasal hal ni dalam progress note clarification tu. mereka tegur, jangan hanya semata2 tulis case & progress noted sahaja, kene tulis jugak ape yg mereka tanya soalan2 tambahan kepada patient yg belum tercatat dalam progress note sebelum ni, dan bila mereka bagi penjelasan kepada patient, kene rekod jugak la hal tu dalam progress note tu. antara contoh ayat yg digunakan masa mesyuarat tu ialah " specialist tgk 1patient tu sampai setengah jam, yg ditulis case & progress noted je??" macam tu la bunyi ayat teguran tu. So, harap2 lepas ni kene alert la ape yg specialist cakap masa round n jangan lupa untuk tulis dalam progress note

10) Staff bermasalah
yg ni bukan untuk HO sahaja, tapi merujuk kepada semua kakitangan. mana2 staff yg bermasalah akan direport ke KKM, dan tempoh yg diberikan adalah 1 minggu untuk dia bekerja seperti biasa semula, jika tidak, berkemungkinan besar dia akan dibuang kerja

11) Indent Drug dalam HIS
supposely, semua ward sekarang nie sepatutnya dah wajibkan untuk indent ubat dalam HIS. So, HO2 semua kene indent ubat dalam HIS la, walaupun ade jugak ward masih guna PS tu.. lagi satu berkenaan HIS ialah, jika ade medical student yg mintak password untuk login HIS, jangan bagi, sebaliknya mintak diorg pergi dekat bahagian yg uruskan HIS dan mintak user ID yg khas untuk diorang. supposely ade user ID untuk medical student, so kene mintak diorang berhubung dengan bahagian HIS la untuk perkara itu

12) Bilik Rawatan
Sebarang penggunaan bilik rawatan, HO bertanggungjawab untuk bersihkan semula setiap kali selesai digunakan. contohnya, kalau nak pasang POP, kene make sure troli yg digunakan dibersihkan selepas dipakai, dan segala sampah hendaklah dibuang kedalam tong yg berkenaan. kalau nak pasang POP tu, kene alas apron/ kertas atas lantai untuk elak kotor. Selain itu, jika ada penggunaan set dressing atau sebagainya, pastikan semua peralatan dalam set tersebut cukup sebelum bersihkan, jangan sampai ade yg terbuang forceps dalam yellow bin. untuk itu, sebelum guna sesuatu set, kene pastikan apa & berape peralatan yg ada dalam set tu, supaya takde yg missing selepas pakai. dalam hal ni juga, setiap kali menggunakan bilik rawatan, kene pastikan sekurang2nya 1org staff nurse ade dalam bilik tersebut untuk membantu dan pada masa yg sama memastikan tiada peralatan yg tersalah buang ke dalam yellow bin.

13) Booking OP date
untuk booking OP date bagi seseorang patient, sebelum dapatkan date tu, pastikan bahawa patient ade high risk behavior atau tidak. jika ada, kene mention hal tersebut masa nak ambik date, sebab patient yg ade high risk behavior akan diletakkan sebagai last case dalam OT list. untuk itu, semasa general clerking, kene tanye patient pasal HRB ni n rekod dalam HIS.

14) Proper Documentation & Communication
MO & specialist ade beri teguran, supaya semua HO tulis dalam progress note properly, dan kene explain pada patient apa yg kita plan dalam ward. Make sure communication tu betul dan bersesuaian supaya patient paham. dalam hal nie, Mr shukri ada nyatakan jika perlu, kene upload gambar juga ke dalam HIS. oleh itu, semua digalakkan untuk pakai Iphone. tp bagi aku, benda tu agak susah, so aku rase bagi yg ade Iphone tu, sila bawak USB connector bersama sepanjang masa, dan bagi yg takde Iphone tu, boleh la send kepada kawan yg ade Iphone dan mintak die yg masukkan gambar tersebut ke dalam HIS. Selain dari itu, segala consent ( yg aku paham, termasuk consent untuk procedure dalam bilik rawatan seperti CMR under sedation, wound irrigation n etc) dan juga MC mesti di counter-signed by MO. hal nie aku confirmkan kemudian, but so far, itu yg aku paham semasa mesyuarat tersebut

15) Registry
rasanya semua dah tahu pasal hal ni, tapi diingatkan la sekali lagi, semua registry ( diabetic foot & hip registry) hendaklah diisi dengan penuh dan lengkap. Jika tidak, akan didenda.

Rasanya itu beberapa perkara yg diutarakan la untuk dimaklumkan kepada semua HO. harap semua take note ye.ape yg aku catatkan ni untuk semua HO sedia maklum, ade lagi banyak yg diperkatakan masa mesyuarat hari tu, tp tak berkenaan dengan HO, so aku x tulis la. kalau ade tambahan, akan diupdate kemudian. oh ye, sebelum terlupa, kalau tak silap, akan ada 1 program pemantapan cardiovaskular & mental pada Nov/Dis nie, di mana akan ade staff screening (blood Ix, physical examination etc) dan juga larian 2.4km, yg akan diputuskan kemudian. selai itu, pesanan dari DG, "if Pt die within 6-24 hours, it is d/t disease, but if the Pt die after 24hours, then it is d/t lack of care". dan yg terakhir, harap semua sedia maklum bahawa tema Hari Kesihatan Sedunia tahun ini ialah " Anti-microbial Resistant - No Action Today, No Cure Tomorrow"

Sekian, harap semua take note. Wassalam

Saturday, 15 October 2011

BD shift roster utk bulan Oktober - Ada Perubahan

Salam & selamat sejahtera.

Maaf  kerana terlambat upload kali ini. Lagi pun, jadual ni dah diupload di group facebook khamis semalam. so, rasenye semua dah dapat jadual ni, hopefully














ada perubahan pada jadual berwarna diatas, so harap take note masing2 punya shift supaya dapat berada ditempat yg ditugaskan. 1 lg perubahan ialah pada 31hb oktober, Dr Farhana akan bertugas AM shift dan Dr Rohana akan bertugas pada PM shift di 6A. tapi, harap yg berkenaan dapat maklumkan pada staff nurse di 6A dan ubah jadual pada tarikh tersebut untuk elakkan sebarang kekeliruan.

sekian, harap maklum (^_^)

Wednesday, 5 October 2011

New BD Shift Roster Starting 8/10/11 Onwards!!!

As-Salam dan Selamat sejahtera.

Ok, seperti yg sedia maklum, mulai Sabtu ini, 8/10/11, sistem shift HO Ortho akan ditukar daripada TDS kepada BD shift.  berikut ialah Jadual untuk bulan Oktober 2011 dan juga jadual detail untuk minggu depan.








Aku rasa, berdasarkan kefahaman aku, this gonna be tough. Here's a few things for all of you HOrthorians to take note regarding this new shift roster:

1) Pada Jadual bulanan, akan ada tanda A, P, X, M, T, H, dan C:

A - AM shift (7am-8pm)
P - PM shift (8pm - 8am)
X- Off day/ cuti
M - OT Emergency
T - OT Elektif
H - Half day (8am - 1pm) (weekdays - clinic, weekend - in respective ward)
C - Clinic

2) Pada jadual bulanan juga, sudah ditetapkan di wad mana kamu semua bertugas for that month. However, please take note yg ia mungkin berubah (especially during weekend) dalam jadual detail.

3) Jadual detail yg akan diupdate setiap minggu ialah basically dimana kamu sepatutnya berada pada waktu siang.

4) Please make sure yg korang berada di tempat yg ditetapkan pada masa yg tepat. which means, pukul 7 tu supposely dah start round ward la.

5) bagi yg bertugas untuk OT elektif dan klinik, even though klinik dan OT elektif biasanya bermula pukul 8am, tapi korang dikehendaki menolong dalam round ward yg supposely kamu berada sebelum pukul 8. sebagai contoh, pada hari Ahad 9/10/11, Dr Suhaimi ditugaskan untuk OT 9, tapi sebelum pukul 8 dia hendaklah round ward yg ditugaskan, iaitu wad 7AB. bagi yg ditugaskan OT Emergency, selagi mana kamu tidak dipanggil untuk masuk OT, sila round ward yg ditetapkan. Orang yg ditugaskan di klinik juga sama, sebelum pukul 8am hendaklah tolong round ward masing2 dan kemudian pass over pada org yg kekal di wad sebelum turun ke klinik, okeh?

6) jadual ni mungkin agak sukar difahami bagi SN di wad, dan mungkin berlaku kekeliruan. so, Harap2 korang boleh tolong perjelaskan kepada SN di wad masing2 berkenaan jadual ni supaya diorang tau nak panggil doktor mana kalau ada ape2 (cthnya, nak call doktor mana untuk masuk OT elektif or Emergency)

7) Untuk new case, or lodger, orang wad yg akan uruskan. maksudnya, kalau ada new case or lodger dekat 4CD, HO dekat 4CD yg akan uruskan. tapi andai kata banyak perkara yg nak diuruskan, atau memerlukan pertolongan, boleh la minta tolong pada mana2 HO yg dah siap kerja. Harap semua HO akan saling tolong menolong, bukan pentingkan diri sendiri sahaja. Ingatlah bahawa setiap perlakuan dan percakapan kita ada orang yg perhatikan (Peringatan dr Kak Ja). Kalau ade kes periphery, itu HO periphery (either HO 5CD or  7AB) yg akan uruskan.

8) bagi HO yg bertugas PM shift, hendaklah sedia maklum untuk PM shift, akan ada seorang HO dari setiap wad yg akan bertugas pada waktu tersebut. itu bermakna, jika ada new case or lodger dekat wad tertentu, HO yg bertugas untuk wad tu yg utamanya untuk attend kes tu. Tapi, bagi aku, untuk hal macam ni, lagi senang kalau 2-3 orang tolong uruskan supaya lagi cepat dan mudah. Apa yg penting? KERJASAMA! orait?

9) bagi yg sudah habis OT atau klinik, silalah naik ke wad masing2 untuk uruskan dan buat kerja2 yg perlu ye. rasanya semua tahu pasal ni..

10) Dr Ayuni dan Dr azliza ada mengingatkan, mana2 new case atau lodger hendaklah attend within 1 hour. so, kalau ade lodger tu, boleh la attend kes lodger tu dulu, lepas tu baru settlekan wardwork yg lain. Priority itu penting supaya segala kerja berjalan lancar.

Hurm...aku rasa aku dah cover segala apa yg aku ingat berdasarkan meeting petang tadi. Apa-apa pun, jika ada sebarang pertanyaan, atau kekeliruan, atau masalah, boleh la bertanyakan kepada Dr. Tuan Fairuz, Dr Suhaimi or lebih senang, Dr Ayuni. harap semua jelas dengan penjelasan yg tak seberapa ini.

Harap Maklum. Terima Kasih. Wassalam